Keterujaan setiap wanita termasuk aku untuk mahu kelihatan cantik adalah satu cabaran yang paling besar. Pembicaraan tentang isu ini menarik untuk dikongsi sesama wanita yang lain. Kita adalah wanita unggul kerana kita adalah tulang belakang setiap mereka yang digelar sebagai lelaki.
Tapi, aku selalu maklumi diri aku untuk selalu berhati-hati. Jujurlah aku katakan di sini, ada masanya aku tidak cukup untuk berjaga-jaga apabila orang seperti aku selalu menerima saja tanpa banyak soal. Misalnya: term & condition untuk setiap kad kredit atau loan, jarang aku khatam satu persatu. Dasar percaya pada luaran kadang-kadang bagi aku keberhasilan yang kurang menyenangkan. Oh, kad kredit yang aku gunakan bertambah bunganya apabila setiap kali pembayaran minima saja yang aku langsaikan.
Dari itu, aku sedari, dalam term & condition: jika hanya baki minima sahaja dilangsaikan, maka, jumlah hutang akan bertambah. Menyesal benar aku menamatkan perkhidmatan kad kredit dari bank yang satu dulu. Ianya tiada caj berganda kecuali bila lambat pembayaran, barulah ia ada kadar caj sebagai denda tapi masih juga tidak sebanyak bank yang sedang aku guna sekarang. Mereka pintar dalam membuat wang dan silapnya aku tidak mengamati setiap hak yang aku miliki. Kelak, kalau aku sudah punya masa, aku akan tamatkan bank yang punya caj bunga yang sudah cukup buat aku rasa, aku tertipu.
Dan, untuk sekalian pembaca penulisan aku, aku kongsikan dengan kalian tentang informasi ini. Moga saja ada maanfaat yang kalian dapat dari pembacaan maklumat di bawah:
Maklumat ini aku dapat dari:
Klik sini: Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.
Tahun 2011
| Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
| 1 | Sensual Whitening Cream | NOT100751321K | Merkuri |
Tahun 2010
| Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
| 1 | NV Toner Treatment No 1 | NOT05010130KE | Hydroquinone & Tretinoin |
| 2 | NV Toner Treatment No 2 | NOT05010129KE | Hydroquinone & Tretinoin |
| 3 | Zara Rejuvenation Cream | NOT04081873KE | Hydroquinone |
| 4 | Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream | NOT081201209K | Tretinoin |
| 5 | Pigmentation Recovery Complex | NOT081200745K | Tretinoin |
| 6 | De Putih Night Cream | NOT05100878KE | Tretinoin |
| 7 | BML HB LOTION | NOT090701336K | Tretinoin & Hydroquinone |
| 8 | Krim Malam Shana | NOT090600820K | Tretinoin & Hydroquinone |
| 9 | Natasya Gold Krim Herba | NOT091100971K | Tretinoin & Hydroquinone |
| 10 | Biotox Whitening Hydro Cream | NOT007061310K | Dexamethasone |
| 11 | Yoko Whitening Cream | NOT080100330K | Tretinoin |
| 12 | Sue Beauty Night Treatment Cream | NOT080600138K | Tretinoin |
Tahun 2009
| Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
| 1 | Felisa Gentle Peeling Solution | NOT07080210KE | Tretinoin |
| 2 | Krim Malam Rahsia Rimba | NOT080801112K | Hydroquinone |
| 3 | Biocosmet Whitening Essence Cream | NOT07122920KE | Hydroquinone |
| 4 | ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream | NOT04102838KE | Hydroquinone |
| 5 | Magixpress Lightening Plus | NOT07121009KE | Hydroquinone |
| 6 | A.Vant Cream | NOT05022860KE | Tretinoin |
| 7 | Eriesya Spa Beauty Cream | NOT07122412KE | Hydroquinone |
| 8 | Natasya Krim Herba | NOT07090337KE | Hydroquinone & Tretinoin |
| 9 | Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya | NOT03090150KE | Tretinoin |
| 10 | Ratna Sari Whitening Night Cream | NOT080700826K | Tretinoin |
| 11 | ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream | NOT04082451KE | Hydroquinone |
| 12 | Chantique - Whitening Night Cream | NOT04121404KE | Tretinoin |
Tahun 2008
| Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
| 1 | Khazanah White Pembersih Wajah | NOT05040954KE | Hydroquinone |
| 2 | Gloskin Krim Malam & Siang | NOT05082557KE | Hydroquinone |
| 3 | Reena's Astringen Lanjutan | NOT05010659KE | Hydroquinone |
| 4 | Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk | NOT07020213KE | Hydroquinone |
| 5 | EETYE Whitening Cream | NOT06080859KE | Hydroquinone |
| 6 | O'Lynn Skin Lightening Cream | NOT06110164KE | Tretinoin |
Senarai ini dikemaskini pada Julai 2011
Sumber: BFPK
Sekian, terima kasih.
p/s maklumat lanjut pun kalian boleh layari link yang di atas.
Thanks 4 the info.
ReplyDeleteNasib baikkkkk iffah syahirah tak tersenarai...tq:)
ReplyDeletetoner maxi-peel ?
ReplyDeletetoner maxi-peel mcm mana pulak? boleh ke?
ReplyDelete